Friday 28 September 2012

Bagaimana Alergi Terjadi?

batukKasihan sungguh apabila melihat ramai yang batuk dan selesema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara akibat daripada tangan manusia itu sendiri. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotik boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibiotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doktor.

  ALERGI atau alahan merupakan situasi di mana badan memberikan respons kurang selesa terhadap benda asing tertentu selain keadaan persekitaran.

  Reaksi tersebut yang berlaku dalam sistem imuniti badan manusia akan menyebabkan berlakunya keadaan sensitif melampau.

  Hiper sensitif boleh berlaku dalam empat keadaan yang mana jenis anafilaktik hanya terjadi dalam sel darah dan sel otot lembut pada badan manusia dalam tempoh yang cepat seperti sengatan lebah.

  Jenis sitotoksid pula berlaku apabila sel atau tisu seseorang diserang oleh agen alergi dan contoh kejadian tersebut adalah seperti transfusi darah.

  Untuk jenis kompleks imuniti pula terjadi apabila agen alergi dan antibodi bercantum sebelum mendap ke dalam salur darah untuk merosakkannya.

Contoh alergi tersebut adalah seperti suntikan serum asing.

  Akhir sekali untuk alahan jenis kawalan sel, antibodi akan mengesan agen alergi dan terus menyerangnya.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...