Saturday 11 August 2012

12M Atasi Ketagihan Merokok

rokok

     Sejak nastolgia lagi, ramai remaja telah terlibat dalam berbagai-bagai gejala yang tidak sihat antaranya ialah budaya merokok. Setiap hari dapat kita lihat putung-putung rokok yang pelbagai jenis dan jenama seperti Dunhill telah mencemari tempat-tempat awam seperti di perhentian bas, longkang dan sewaktu dengannya. Hal ini dapat kita sangkal berdasarkan beberapa kajian secara rawak yang telah dilakukan ke atas sebahagian warganegara Malaysia hari ini.


FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK
• 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

• Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5 : 1

• Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
• 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok
• Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun
• Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


KESAN MEROKOK

• Mati Pucuk : Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin. Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin. Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk. Kualiti sperma anda akan terganggu. Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

• Strok : Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10-12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar. Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

• Sakit Jantung : Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10-12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

• Kanser Paru-Paru : Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.


TIP UNTUK BERHENTI MEROKOK

• Pelajarilah tentang bahaya merokok
• Umumkan keputusan anda untuk berhenti merokok kepada semua orang
• Buangkan semua barangan yang ada kaitan dengan rokok, contohnya tempat abu rokok, pemetik api dan sebagainya
• Minumlah banyak air, ini akan membantu membuang toksid dalam badan anda
• Makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan ketagihan anda pada nikotin

• Hiduplah secara aktif, kegiatan sukan akan membantu melancarkan aliran darah seluruh tubuh. Senaman juga boleh mengimbangkan suhu dan ketangkasan anggota tubuh badan. Bersenamlah kerana ia satu amalan yang baik
• Elakkan tempat di mana merokok menjadi satu kebiasaan. Tempat-tempat seperti kelab malam, pusat karaoke dan bar
• Belajarlah menolak tawaran merokok. Cuba untuk tidak merokok langsung kerana jika tidak ini akan menggugat usaha anda untuk berhenti merokok dan anda mungkin akan terdorong untuk merokok semula
.

ANTARA CARA YANG MUDAH UNTUK DILAKUKAN PADA PERINGKAT AWAL ADALAH:

1. MELENGAH-LENGAHKAN
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya lima minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda ‘nanti’ setiap kali ingin merokok.

2. MENARIK NAFAS PANJANG
Tarik nafas panjang tiga kali perlahan-lahan.

3. MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar, makan angin, berbual di telefon, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan mengunyah sesuatu yang manis seperti gula-gula.

6. MANDI ATAU BASUH TANGAN
Kalau berada di rumah, mandilah atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. MEMOHON DOA
Memohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam anda untuk berhenti merokok.

9. MENJAUHKAN DIRI
Seboleh-bolehnya, jauhkan diri daripada kawan-kawan atau perokok yang kerap merokok

10. MENYIBUKKAN DIRI
Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran anda daripada berfikir tentang rokok.

11. MEDITASI
Lakukan meditasi atau lain-lain teknik yang boleh membantu anda melupakan rokok.

12. MENGELAKKAN DIRI
Cuba elakkan diri daripada merasa bosan atau situasi yang mendorong kepada merokok.

p/s : Kepada sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, rakan-rakanku yang tergolong dalam kumpulan perokok ini, saya nasihatkan tinggalkanlah kegiatan ‘MEROKOK’ ini untuk kebaikan bersama. Berhentilah merokok 
Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda pada masa hadapan mereka kelak. Insya-Allah =)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...