Fenomena sebegini selalu berlaku apabila berkumpulnya sesebuah masyarakat sama ada mendengar ceramah, kuliah dan juga perayaan. Apabila ramai yang tidak ambil kisah tentang pemakaian selipar dengan betul menyebabkan perkara ini di anggap remeh temeh. Hal ini juga sering berlaku dalam kalangan Muslimin ketika solat Jumaat. Maklumlah zaman yang serba canggih dan moden ini menyebabkan kita semakin daif tentang perkara seperti ini.
SEBUAH hadis Rasulullah s.a.w. mengingatkan manusia tentang
perkara ini. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bila
kamu memakai terompah (selipar) mulailah dengan yang kanan dan bila kamu
membukanya mulailah dengan kiri. Pakailah kedua-duanya sekali gus dan
tinggalkan kedua-duanya sekali gus”.
Sabda Rasulullah lagi, juga daripada Abu Hurairah r.a., “Jangan
berjalan memakai terompah sebelah. Pakailah keduanya (sepasang) atau jangan
dipakai sama sekali.”
Sementara itu dari Jabir r.a. pula berkata, “Rasulullah
s.a.w. melarang makan dengan tangan kiri, berjalan dengan terompah sebelah,
berpakaian seperti karung (tanpa tangan dan tanpa baju dalam) dan duduk
mencangkung (duduk dengan meninggikan lutut) dengan pakaian selapis (tanpa
celana dalam) sehingga aurat terbuka.”
Ketiga-tiga hadis ini diriwayatkan oleh Muslim. Dari ketiga-tiga hadis ini, ada satu perkara yang Rasulullah sebut berulang-ulang kali iaitu ketika memakai terompah, pakailah sepasang. Jangan hanya sebelah. Itu suruhan Rasulullah. KENAPA? Itulah yang membezakan manusia dengan syaitan. Kalau manusia memakai selipar sebelah bermakna samalah dia dengan syaitan, lebih-lebih lagi apabila kaki kiri sahaja yang dipakai dan kanannya tidak. Justeru, jangan pandang remeh akan hal ini. Pakailah dengan sempurna, bukanlah ia tampak lebih cantik…?
Jadi, jangan kita pakai selipar sebelah okey..... :D
No comments :
Post a Comment