Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Kadang-kadang lelaki ini akan melupakan janji-janji mereka apabila menghadapi masalah seperti berikut. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.
1. DILANDA MASALAH
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak
hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan
orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam
diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.
2. BERBICARA SOAL PERKAHWINAN
Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia seakan tidak
percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa
memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam
tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kabanyakan lelaki akan
pelik perangainya.
3. PUTUS CINTA
Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki
kebanyakannya akan diam apabila cintanya didustai ataupun dia menjadi penyebab
segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberikan ruang
untuk dia berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.
4. BALIK RUMAH MERTUA
Cuba perhatiakn pasangan anda apabila di rumah
mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah.
Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja
daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik
nasihatkan sedikit agar tidak dianggap ‘kera sumbang’.
5. TERJUMPA BEKAS KEKASIH
Apabila sedang berjalan dengan isteri ataupun kekasih
hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasihnya. Oh, lidahnya kelu untuk
berbicara. Mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu.
Anda wanita, jangan mudah melenting.
6. APABILA RAHSIA TERBONGKAR
Semua lelaki mengalaminya. Terdiam jika tembelang
sudah pecah. Bagi lelaki yang berdolak-dalih, cuba mendiamkan diri selama
beberapa minit sebelum mencipta seribu alasan tetapi bagi yang gentlemen, dia
lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara kerana tidak mahu keadaan
menjadi lebih rumit. Jika pasangannya sudah cool, barulah dijelaskan keadaan
yang sebenar. Pasangan anda pula bagaimana?
1 comment :
Slm. Best entri ni. Mohon share ye. Tq!
Post a Comment