Friday 6 September 2013

5 Sikap Perempuan Yang Tidak Disukai Lelaki



Lama sudah saya tidak menge'post' dan ber'blogging'. Sebab terlalu sibuk dengan pembelajaran untuk sambung ke peringkat lebih jauh. Insya-Allah... Doakan saya eak...huhu :)

Sama ada kita tahu atau tidak, lelaki juga mempunyai cita rasa mereka yang tersendiri. Jangan kita kata hanya perempuan sahaja yang tahu menilai seseorang. Kita sebagai lelaki kita mesti juga berangan mahu sesuatu yang sempurna dan sesuai dalam hidup kita kan?


Tidak hanya wanita yang boleh menjahui jenis lelaki tertentu. Lelaki juga boleh menjauhi jika wanita memiliki ciri-ciri yang tidak mereka sukai. Betul tak wahai kaum lelaki? Agak-agaknya apa jenis wanita yang tidak disukai lelaki ini? Ini dia kisahnya, seperti dinyatakan oleh Times of India (10/01).



1. Suka bercakap buruk
Tidak hanya cerewet, wanita jenis ini suka bergosip dan memburuk-burukkan orang lain. Tidak hanya itu, wanita ini juga suka mengeluh. Haiz, siapalah yang mahu dekat-dekat dengan wanita seperti ini. Lelaki pasti akan segera menjauhinya.

2. Gila diet
Wanita jenis ini tidak akan tenang setiap kali inign makan sesuatu. Dia selalu mengeluh soal berat badan, menolak semua makanan kerana kadar kalori di dalam badannya. Sebenarnya menjalani diet dan memilih makanan yang sihat adalah hal yang wajar, namun jangan berlebihan. Dengan sikap diet anda menjadi penyebab kenapa lelaki menjauhkan diri dari anda.

3. Tidak suka mertua
Semua orang setuju bahawa hanya yang beruntung saja yang mendapatkan mertua idaman. Jika Anda termasuk yang tidak beruntung, itu adalah hal yang wajar. Ada banyak orang yang merasa tidak sesuai dengan mertua mereka. Namun ini bukan bererti anda boleh berkata buruk atau menjelek-jelekkan mertua. Bagaimanapun mereka adalah orang tua pasangan anda. Jika Anda tidak boleh berbicara dengan baik pada mereka, sebaiknya diam saja.

4. Gila kerja
Lelaki tidak suka dengan wanita yang terlalu banyak bekerja. Terutama jika mereka selalu membicarakan pekerjaan setiap kali keluar. Lelaki tidak ingin tahu apa yang anda kerjakan di pejabat, mereka ingin tahu apa kesukaan anda, cara pandangan anda terhadap kehidupan, mengenai dirinya. Jika anda tidak mempunyai waktu untuk mengurus kehidupan kerana sibuk dengan pekerjaan, bagaimana anda boleh mempunyai waktu untuk lelaki?

5. Tukang menasihati
Ada beberapa wanita yang merasa mereka ahli nujum dalam menasihati orang lain. Mereka merasa bahawa orang lain akan menjadi baik dengan semua petunjuk mereka. Pasti wanita jenis ini akan cerewet mengenai apa yang harus dilakukan oleh pasangan. Tentu saja lelaki akan segera menjauhi wanita seperti ini. Pasti tidak ada lelaki yang suka berpasangan dengan wanita seperti kerana sikapnya yang kuat membebel.

Jika anda tak ingin dijauhi lelaki, sebaiknya kurangkan sifat-sifat seperti di atas okey?! Jadi, mereka yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan mereka cubalah kaji semula apa silapnya kita. Kita sebagai manusia, kita semua tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Right? Jadi, cubalah berubah kepada yang lebih baik..... ^__^


sumber rujukan : http://www.blogzaim.com/

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...