Asal-Usul Keluarganya
Dajjal
adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua
makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya ‘Minal
Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa AS
yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya
sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan
mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis
yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorangyang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada berpendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan ‘syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk2 halus. Lalu oleh nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun, kelahiran dan kehidupannya masa kecil tidak diketahui dengan jelas. (pernah terbaca sebuah buku. . “Kelahiran Dajjal” – Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)
Sifat-sifat Badannya
Hadis
Huzaifah r.a. katanya:
“Rasulullah
s.a.w telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu
merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka”
(Hadis Sahih
Muslim).
Ada beberapa
ciri perwatakkan Dajjal yang disebut dalam Hadis2 Rasulullah s.a.w.
diantaranya: Seorang yang kelihatannya masih muda ; Berbadan besar dan agak
kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal ; Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Dan tandanya
yang paling ketara sekali ada dua:-
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah krismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah krismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua : Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut
hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal
setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang
terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut
riwayat yang sahih yang disebut dalam kitab ‘Sahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa
lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang
bernama ‘Al-Jassasah’. terdapat hadis mengenainya… (tetapi terlalu panjang
untuk ditulis…anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah
bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh
Allah s.w.t untuk keluar menjelajah permukaan Bumi ini dan tempat ‘transitnya’
itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya??
Dajjal akan
hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja.
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan SETAHUN dan hari kedua sama
dengan SEBULAN dan ketiga sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa
Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. o_O
Wallahualam…
No comments :
Post a Comment